YBIM membayangkan untuk menjangkaui dan memenuhi objektifinya seiring dengan bantuan agresif bagi menolong ibu tunggal, golongan kurang bernasib baik, anak-anak yatim, kalangan dewasa yang tidak mempunyai peluang yang ada, ibu-ibu muda serta golongan wanita yang memerlukan bimbingan, bantuan, nasihat atau tempat berlindung adalah dialu-alukan di YBIM. Bangunan yang dicadangkan akan dipanggil Madrasah Al-Hikmah.

Kemudahan yang dirancang

  1. Bilik darjah: sebagai usaha berterusan serta meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai subjek dan topik. Bengkel, seminar, latihan amali, semuanya boleh dijalankan dalam keadaan yang lebih selesa supaya peserta dapat memberi tumpuan dan menimba ilmu.
  2. Asrama: untuk lelaki dan perempuan. Bangunan YBIM tidak akan lengkap sekiranya kita tidak menawarkan perlindungan kepada mereka yang memerlukan. Asrama ini akan diasingkan kepada lelaki dan perempuan dan setiap bahagian akan dilengkapi dengan tandas, bilik solat, katil dan sebagainya.
  3. Dewan umum: dewan ini akan mempunyai kemudahan multimedia/hiburan serta permainan papan tradisional. TV dengan kemudahan satelit, pemain DVD, mini Hi-Fi bakal menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mereka yang tinggal secara jangka panjang/jangka pendek.
  4. Dapur komuniti: Di samping memasak untuk peserta dan penghuni di bangunan YBIM, YBIM juga berhasrat mahu menyediakan makanan panas percuma kepada mereka yang tiada tempat tinggal, miskin dan orang dari segenap lapisan masyarakat yang layak yang mampu diberikan oleh YBIM.
  5. Perpustakaan interaktif: perpustakaan biasa yang dilengkapi dengan buku, bahan-bahan rujukan,video, PC dengan akses internet akan menjadi tempat untuk mereka yang mahu membuat penyelidikan, meningkatkan dan memperkayakan diri mereka sendiri.

— CLICK TO ENLARGE —

Cadangan tapak pembangunan:

Lot 990, Mukim Labu, Daerah Sepang, Selangor D.E

Jika anda ingin membuat sumbangan kepada YBIM, sila hubungi kami di urusetia@ybim.org atau robin@ybim.org.

(tinggalkan nama, nombor telefon dan butir-butir sumbangan yang akan dibuat dan kami akan menghubungi anda semula)

Segala kerjasama kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.