Berita daripada Pengerusi (serta kaki tangan)
Salam sejahtera! Saya Noor Firdaus Hilmi bin Mohd. Hashim (atau anda boleh meringkaskan nama saya sebagai Hilmi). Saya adalah pengasas dan Pengerusi YBIM. Secara keseluruhannya YBIM telah pun menjalankan beberapa acara dan aktiviti di sepanjang tahun, dengan tujuan utama untuk menolong dan membantu orang lain menerusi pelbagai cara. Daripada kanak-kanak ke golongan dewasa juga kepada ibu tunggal dan kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan kami! Oleh kerana laman sesawang lebih bersifat peribadi, justeru itu saya berhasrat mencuba dengan jalan yang berbeza. Semuanya dengan cara mengemas kini dan menyediakan maklumat dan berita-berita di sini. Jadi sebagai permulaan, di sini ada beberapa informasi yang benar-benar menarik!
1) Kami memulakan Kembara Ramadan 2010 dengan kunjungan ke rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang. Baca lebih lanjut di http://www.ybim.org/events/
2) Kami menganjurkan acara 'Buka Puasa'. Foto-foto tersebut boleh dilihat di http://www.ybim.org/activities/buka-puasa-with-ybim/
3) Kami juga telah pun memulakan Kembara Ramadan 2010. Sila lihat http://www.ybim.org/events/kembara-ramadan-2010/kr2010/

