K Kata-Kata Aluan Presiden

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM) adalah sebuah badan Ngo yang tidak berasaskan keuntungan. YBIM ditubuhkan bertujuan untuk membangunkan Masyarakat Malaysia dan menambahkan Modal Pembangunan Insan yang berkemahiran dalam pelbagai cabang disiplin serta mampu memberi sumbangan yang produktif kepada Negara.

‘’YBIM dikendalikan oleh sekumpulan warga yang berdedikasi dan bersemangat tinggi yang terdiri dari pada pelbagai latar belakang yang berbeza. . ‘’

Didorong oleh pengalaman tersebut, maka mereka yang berada di dalam YBIM nekad menghulurkan sumbangan kepada masyarakat demi melihat masyarakat Negara ini bertambah gemilang, cemerlang dan efektif dengan cara sendiri, sekaligus membantu Negara Malaysia memacu kejayaan kearah kemiskinan dan kebajikan sifar pada masa depan menerusi program bina insan.

YBIM lebih mensasarkan aktiviti-aktiviti ‘Modal Insan’ yang bersifat kemasyarakatan 1Malaysia dari segi  kualiti akademik dan melahirkan keyakinan diri terhadap kemahiran mereka yang terlibat. Dalam system dunia yang semakin canggih dan materialistik, kesepakatan dan kebersamaan adalah merupakan kunci utama kejayaan individu dan seterusnya Negara. Menerusi program-program ini, YBIM juga mengharapkan pelbagai sumbangan bagi satu tabung kewangan yang kukuh. Justeru itu, dengan inisiatif ini matlamat untuk membangkitkan semangat golongan muda dan kepada sasaran yang memerlukan dapat diteruskan.

Sejajar dengan transformasi ini, YBIM kini meluaskan skop tumpuan, selain membantu & memberdaya golongan anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin, YBIM juga akan memberi tumpuan khusus kepada golongan miskin Bandar dan aset ternilai Negara iaitu anak-anak muda di peringkat persekolahan dan universiti.

Bersesuaian dengan namanya, Yayasan Bina Insan Malaysia, maka YBIM ingin membantu Kerajaan untuk memberdaya insan-insan tersebut, melalui kaedah YBIM yang tersendiri yang mencakupi pelbagai aspek seperti latihan, motivasi, kepimpinan, keusahawanan, skil & teknikal, seni & budaya serta sukan & kesihatan.

Demi melaksanakan tanggungjawab yang besar ini, YBIM ingin mengajak semua pihak bersama-sama dengan YBIM,  menghulurkan sumbangan & bantuan serta bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti seterusnya.

Saya juga ingin menjemput Syarikat berkaitan Kerajaan atau GLC, sektor swasta & korporat serta individu yang mempunyai aspirasi yang sama, untuk bersama-sama YBIM bagi memulakan langkah baru untuk membantu Anak Malaysia tanpa mengira bangsa, agama & warna kulit.

Akhir  kata, YBIM ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak berikut, atas sokongan & dokongan yang berterusan kepada YBIM sepanjang perjalanan ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat teman-teman saya dari YBIM yang telah berusaha sebaik mungkin untuk meneruskan perjuangan & perjalanan ini. Semoga segala usaha murni kita dipermudahkan dan diberkati dan kerjasama ini akan berterusan di masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

”RAIKAN KASIH SESAMA INSAN”

Yang Benar;

 

EN. NOOR FIRDAUS HILMI BIN MOHD. HASHIM
PENGERUSI & PEMEGANG AMANAH
YAYASAN BINA INSAN MALAYSIA.
www.ybim.org

57-1, Jln Equine 9, Bdr Putra Permai, Seri Kembangan 43300, Selangor

Email:urusetia@ybim.org
Fax:+603 8942 8996

The main products are LED corn light,LED Bulkhead lamp,LED Downlight,LED Panel Light.