D Derma

Definisi

Derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain. Ianya merupakan satu bentuk hibah yang paling banyak dilakukan oleh umat Islam. Menurut Kamus Dewan, derma diertikan sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), dan diertikan pula sebagai pemberian ikhlas. Derma ialah satu cara menginfaqkan harta pada jalan Allah untuk perkaraperkara yang diredhai Allah. Hibah dalam bentuk derma sangat penting dan sangat digalakkan sehingga Allah menjanjikan keuntungan atau pahala sehingga 700 kali ganda atau lebih harta yang dilaburkan dalam perkara tersebut. Setiap manusia, sejak azali sudah dikurniakan sifat insani seperti keinginan untuk mengambil berat, membimbing, menunjuk ajar, membelai, menyayangi dan disayangi, menghargai dan dihargai, bergotong-royong dan bekerjasama. Oleh itu, mereka boleh memainkan peranan dengan menghulurkan derma kepada golongan yang memerlukan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”.

(Surah Al-Baqarah: 261)

Dalil Hadis yang bermaksud :

“Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang yang kaya. Mulailah dengan memberi sedekah dengan bersedekah kepada orang yang menjadi tanggungjawabm u”. (Hadis riwayat Bukhari)

“Daripada Anas Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi S.A.W sabdanya: “Tiada beriman seseorang kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kebaikan Menderma

  • Dapat menyucikan harta yang ada
  • Dapat membantu golongan fakir miskin
  • Mewujudkan rasa kasih sayang
  • Menjadikan harta lebih diberkati dan diperluaskan lagi rezeki

Kemuliaan Orang Yang Menderma

  • Menjadi penaung di akhirat apabila berada di Padang Mahsyar
  • Diringankan hisab di akhirat
  • Menambah berat timbangan amalan kebaikan di akhirat
  • Memudahkan laluan di Titian Siratul Mustaqim

Menderma dalam konsep Islam bukan sekadar membantu golongan miskin dan mereka yang ditimpa musibah, malahan juga boleh dibuat melalui pembiayaan pembinaan rumah anak-anak yatim, golongan orang kurang upaya dan warga emas. Menderma juga boleh diertikan dengan menyediakan peralatan seperti makanan, pakaian, perabot dan lain-lain peralatan yang bersesuaian bagi golongan tersebut.

Bulanan
RM20/30/50 /Bulanan
  • Sumbangan Barang Keperluan Asas

57-1, Jln Equine 9, Bdr Putra Permai, Seri Kembangan 43300, Selangor

Email:urusetia@ybim.org
Fax:+603 8942 8996

The main products are LED corn light,LED Bulkhead lamp,LED Downlight,LED Panel Light.