YBIM sebagai NGO (Pertubuhan Bukan-Kerajaan) dan bukan berasaskan keuntungan wujud dan bergantung kepada tajaan dan sumbangan mereka yang murah hati. Sekiranya anda mahu menderma mengikut keperluan kami, di bawah ini adalah senarai barangan, produk dan lain-lain yang diperlukan.
Tonton ini YBIM the movie video dan sertai kami untuk membantu dan menghulur pertolongan dalam:
- Barang-barang yang digunakan: pakaian, perabut, produk elektronik/elektrik dan sebagainya. Sila hantar emel kepada urusetia@ybim.org bagi urusan tersebut.
- Makanan & minuman: semua jenis kecuali yang mudah rosak seperti ikan, ayam dan lain-lain. Sila e-mel kepada urusetia@ybim.org bagi urusan tersebut.
- Kewangan: sumbangan dalam sebarang amaun. Sila e-mel kepada robin@ybim.org bagi mendapatkan maklumat mengenai bank.
- Penyertaan bersama: YBIM juga turut bekerjasama dengan mana-mana syarikat bagi menganjurkan acara untuk masyarakat umum yang layak. Sila e-mel kepada urusetia@ybim.org bagi maklumat lanjut.
(Sumbangan kewangan adalah mendapat pengecualian cukai). Sila e-mel kepada robin@ybim.org bagi maklumat lanjut.
Anda juga boleh memuat turut dokumen di bawah, isi dan e-mel kepada kami bersama-sama dengan slip bank anda agar kami dapat mengenal-pasti ia adalah daripada anda dan bukan orang lain!
(sila enable `Macros’ dan/atau Active X apabila anda membuka dokumen YBIM sebagai panduan untuk anda mengisi borang di tempat yang diperlukan sahaja)
Borang derma YBIM sila klik YBIM's DonationLetter
RANCANGAN
YBIM telah merancang rancangan bagi aktviti pada tahun 2012. Kami ingin memohon penyertaan, tajaan dan sebarang bantuan bagi membantu YBIM merealisasikan rancangannya pada tahun akan datang. Anda boleh memilih untuk mengambil bahagian dalam mana-mana program atau dalam seberapa banyak program yang anda mahu! Sila lihat di bawah atau muat turun senarai lengkap dengan anggaran belanjawan sendiri.
