YBIM mengendalikan pelbagai bentuk aktiviti seperti majli-majlis, persembahan, pameran, makan malam amal, derma darah dan lain-lain.

Beberapa aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh YBIM menarik perhatian daripada pelbagai pihak seperti pemimpin tempatan, Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK), badan-badan kerajaan, Persatuan Penduduk, rumah-rumah kebajikan, usahawan, syarikat-syarikat swasta, jawatankuasa masjid dan sekolah-sekolah.

YBIM percaya dengan usaha yang saling berkait, bersepadu dan menyeluruh akan menghasilkan tindakan yang lebih berkesan. Dengan itu matlamat bersama akan lebih mudah tercapai tidak seperti beberapa kaedah tradisional yang memberi tumpuan kepada pendekatan satu elemen untuk berjaya.

Lebih banyak kita berkongsi, lebih moden pendekatan kita, maka akan lebih banyaklah kita dapat membantu orang lain. Ayat itu sendiri sudah menjelaskan yang kita tidak pernah bekerja berseorangan sebaliknya sebagai satu pasukan bagi mencapai matlamat utama.

Pusat Latihan Kajang (akan dilancar)

Home » Aktiviti » Pusat Latihan
TC3.jpg
TC3.jpg
TC2.jpg
TC2.jpg
TC1.jpg
TC1.jpg