|
You Can Help Make Lives Better |
|
NOTICE (Updated December 2011) There are unscrupulous people who are NOT authorised by YBIM misrepresenting and seeking donations on behalf of YBIM, who's intentions are to mislead the public that the donations are going to YBIM when it does not. Please be informed that receipts issued from October 2011 using YBIM's old address below is INVALID. No. 24B, Jalan Bola Tampar, 13/14, Seksyen 13 Bandaraya Shah Alam, 40100, Selangor Darul Ehsan Malaysia. If you require further clarification and more information, please call us at these numbers: Telephone: +603-8942 8996 / 8957 3926 Facsimile: +603-8942 8997 or email us: urusetia@ybim.org Yayasan Bina Insan Malaysia (YBIM) atau Malaysia Foundation for Human Capital Development adalah satu organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO) yang diwujudkan untuk memacu pembangunan modal insan yang sihat di kalangan rakyat Malaysia agar mampu melahirkan komuniti yang progresif, penyayang dan mengambil berat di antara satu sama lain. Pada peringkat tempatan, YBIM telah merumuskan beberapa inisiatif dan program dengan tujuan untuk menyatu-padukan semua bangsa agar dapat melahirkan masyarakat yang penyayang dan saling membantu sesama insan. YBIM akan memupuk sifat cintakan kedamaian dan saling memahami, di mana dua perkara itu adalah elemen yang sangat penting bagi mewujudkan warga kelas pertama yang mampu mencapai kegemilangan jangka panjang bagi masa depan Malaysia. Seiring dengan itu kelak, rakyat Malaysia walau apa bangsa sekali pun pasti akan dapat mengecapi nikmat keharmonian. Pada peringkat antarabangsa pula, YBIM juga telah melahirkan banyak program keusahawanan dan kepimpinan bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan juga bidang kemahiran secara berterusan. Mereka yang terlibat akan menjadi lebih cekap, beretika, bertanggungjawab dalam bidang yg mereka ceburi. Sasaran YBIM adalah bagi membantu Malaysia menjadi model sebagai Negara yang berjaya dan makmur di kalangan Negara-negara membangun yang lain. |

